May 21, 2009

seandainya

engkau melihat dirimu bersih daripada dosa,
baik zahir atau batin,
dan engkau melihat dirimu bersih daripada segala keaiban,
baik yang berkenaan dengan urusan agamamu,
ataupun duniamu,
maka ketahuilah,
bahawa kejahilanmu terhadap dirimu sendiri itu adalah
sejahat-jahat kejahilan.

Tidak ada aib yang lebih besar daripada seseorang
yang menganggap dirinya bersih dari segala dosa dan kesalahan.

sebenarnya,
ketika itu Allah tidak menghendaki kebaikan terhadap dirimu.
Jikalau Dia menghendaki kebaikan pada dirimu,
tentu Dia menunjukkan kepadamu akan aib dirimu.

Jadi,
ketika engkau melihat dirimu sebagai seorang yang bersih,
maka itu adalah kesudahan daripada segala kejahilan.

ni aku ada baca
tapi tak ingat dari buku apa

aku mahu kongsi
sebab aku pernah mengalaminya

sungguh perit
harap tidak berulang lagi

2 comments:

FadBaha said...

"kejahilan terhadap dirimu sendiri itu adalah sejahat-jahat kejahilan"

setiap org punya sesuatu yg dia jahil tentangnya..mohon dilindungi oleh-NYA..

housesoul said...

ameen