August 12, 2009

Hadiah terindah

aku berpeluang merasa sucinya cinta Allah
aku berpeluang merasa manisnya cinta utusanNya

aku mendamba cintaMu dan rasulMu
kerna aku mencintaiMu dan rasulMu

*************

genap aku 22tahun
aku terasa bagai Nabi Muhammad berada di hadapanku
memerhati aku

aku terbongkok2 menangis
kerinduan yang tak terhingga

aku rindu hendak berjumpa engkau ya Rasulullah
aku rindu hendak berjumpaMu ya Allah

sucikanlah aku untuk berhadapan denganMu

tetapkan aku dengan sumpah setiaku kepadaMu

*****************

terima kasih wahai Kekasih
kerana memberi aku peluang mencintaiMu
di alam sementara ini

mintak maaf wahai Kekasih
selama ini aku buta untuk melihat cintaMu
aku tuli untuk mendengar segala amaranMu

aku mahu berkongsi kasihMu
dengan keluargaku,adik2 ku, kawan2 ku

aku mohon kepada Engkau Yang Maha Bercahaya
terangilah jiwa kami
dengan cahayaMu yang lurus

Dengan kekuatanMu
aku ingin mewakafkan diriku untukMu
tolonglah aku wahai Yang Maha Berkuasa

moga hidupku di jalanmu
matiku di hadapmu

ampunilah aku wahai Yang Maha Pengampun

No comments: